Friday 8 April 2016

Harimau Malaysia : Agak agak kalau ABC jadi Presiden FAM, apa dia akan buat

174. Bukan la.. tu bukan no ramalan damacai. tu no terkini skuad harimau malaysia. Mesti semua orang tension ekk. tengok angka tu, semua jadi tension. terutama sekali orang yang minat bola la.. yang minat ping pong ke, bola jaring ke, softball ke, handball ke, tak heran pun. Ada dia kisah.. sebenarnya saya pun tak minat sangat la bola nie. Mungkin sebab umur dah agak lanjut kot. Dulu masa zaman Abas Saad and the gang, memang saya ikuti jugak la perkembangan bola johor dan malaysia. 

semua orang (kaki bola) tahu yang sekarang nie squad kebangsaan di latih oleh OKS. nak kata handal, memang handal la dia nie. banyak bukti yang dia nie memang bagus dalam mengendalikan squad bola sepak. piala afc pun dia pernah tapau. lebih handal lagi, dia bukan saja pernah melatih squad tempatan, squad luar negara pun dia pernah train. nak menambahkan kehandalannya, dia pun pernah ditawarkan kontrak untuk melatih squad kebangsaan asia tenggara yang lain. cuma dia tak nak je.. atleast, kebolehan dia diiktiraf oleh negara luar la.. negara luar nampak bakat dia dalam melatih player. 

dalam squad kebangsaan, (malu pulak nak cakap), ada sorang je yang pernah bermain dengan negara luar (setahu saya la ekk). safie sali. lain tak ada kot. main untuk kelab atau negeri lain ramai la kan.. dengan erti kata lain, walaupun squad negara nampak gah, tapi sebenarnya belum ada negara atau kelab yang sanggup untuk mengambil barang seorang dua pemain kebangsaan untuk bermain dengan mereka. tul tak.. 

bukan nak kata apa la kan, buat masa ini, hanya kelab tempatan yang sibuk mengambil pemain tempatan. dan pilihan pun tak la banyak sangat. balik balik yang berpindah majikan orang yang sama je.. mat yo, hai o, daud.. emmm tu je la. muka muka yang selalu kena jual beli dan masih laku walaupun dan agak berusia.. 

pointnya, kalau orang luar atau kellab besar pun tak nak dengan pemain kebangsaan, so apa maksudnya tu??? maksudnya lever permainan, skill, stamina, determination mereka tu tak sampai tahap yang sepatutnya. senang cakap, macam jaguh kampung je la.. bukan nak kata pasal dilamar kelab kelab EPL ke apa.. kelab dari timur leste pun tak ada yang offer player malaysia main sana. bukan kata timur leste, kelab dari lesoto pun lom ada yang offer. haa macam mana tu.. emm senang kata, jaguh kampung je la.. bunyinya macam  kasar, tapi tu le hakikatnya.. 

bila tanya pemain, sure la dia jawab, saya perlukan coach yang handal untuk menjadi pemain yang handal.. hehe.. 

kemudahan dimalaysia nie bukan main hebat la.. cakap je apa. sc sukan, stadium, diet, penyokong yang tegar, semua ada. cukup. complete. semua dah ada, dah kena payung pun. bukan setakat payung, tahap kemah dah nie.. hahahaha. tu pun tak nak latih sungguh sungguh. nak kena ketuk baru nak berlatih. emm macam mana tu ekk.. 

kalau tak keberatan, boleh tak saya bagi cadangan. walaupun tak seberapa. untuk menaikan mutu bola sepak malaysia, beberapa perkara perlu dibuat. antaranya pencarian bakat dari sekolah rendah. bukan saja cari, malah mungkin setiap negeri perlu ada minimum 5 pasukan bawah 7 tahun. train mereka untuk menjadi pemain setaraf bintang bola sepak yang lain. takkan la dalam satu negeri nie,  nak cari 5 pasukan pun susah.. nak atau tak je.. kalau mereka pada hari nie berusia 7 tahun, waktu umur mereka 17 tahun, dengan segala pendedahan yang bagus dan berkualiti, mereka mampu untuk menakluk pentas dunia. tak mustahil. dengan kemudahan yang ada, sudah tentu boleh. paling penting, pembangunan ini bukan berdasarkan apa, just merit. selain itu, ianya tidak berhenti. sentiasa berterusan

jemput pencari bakat dari luar untuk meninjau atau menilai player player muda yang kita ada. kalau mereka bagus, sudah tentu akan dilamar oleh pasukan luar. kalau tak bagus, tak boleh cakap apa la.. balik rumah, tolong mak angan ayahnya kat kampung.. 

selain itu, displin setiap pemain hendaklah pada tahap yang tertinggi.bukan saja tentang dispiln didalam padang, semasa latihan dan sebagainya. tetapi, pemilihan makanan yang sihat dan lain lain pun perlu. contohnya tak boleh isap rokok dan minum air berkabonat, so jangan la minum, walau pun curi curi. kalau tak, buat penat je training mati matian. bila kat atas padang , hampeh. 

cuba main bukan kerana duit semata mata.. dah dapat jadi pemain kebangsaan, manfaatkan la..jangan la main ala kadar je.. semua orang dah muak dah dengan alasan ngarut tu. 

tak nak lagi gaduh pasal duit royalti dan sebagainya. baru bersiaran didalam malaysia pun dah sibuk berebut pasal duit. emmm. banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menaikan squad kebangsaan.. 

tq,


No comments:

Post a Comment